Friday 28 December 2012

Jajan



"Camne dgn life bekerja skrg ni, nk urus masa, duit gaji sume, ok ke?"

Saje bertanyakn pendapat dia tntg benda2 tu, since I'm having a problem dgn benda2 tu recently. *Ni belum kerja lagi pon dah mula tak terurus, kalau dah kerja nanti tak tahu lah.. -_-

"Erm, biasa la, dah kerja ni mmg lain sangat3 dengan masa student dulu.."

"..."

"Tp tula, bila dah dpt gaji nanti, make sure kena ade portion dari duit kita tu utk bagi mak kita every month, biar berkat sikit..."

"......."

Jadikanlah "Baraka" sbg supplemen harian anda.(?) [crdt]


Berkat / Barakah: mungkin  benda nilah yang dah lama dilupakan selama ni..







Babai 2012, Welkam 2013.
Allahumma baariklana...

Monday 12 November 2012

Tenanglah..





Kesan dosa dalam hidup-credit-

Hati yang di isi dengan dosa dan noda,

Takkan bisa tenang..


Tidak percaya?


Cubalah tanyakan kepada pencuri,

Adakah mereka berasa tenang ketika mencuri?


Tanyalah kepada penerima rasuah,

 Tenangkah mereka ketika menjalani proses "perasuahan"?

Tanya dan tanyalah lagi.

Jawapan mereka hanya satu. Pasti.

"Ya, kami tidak tenang!"


Kerana dosa itu,

pasti memberi kesan kepada hati..


Namun bersyukurlah kiranya,

Jika hati kita berasa tidak tenang disebabkan dosa2 kita..


Kerana itu tandanya,

Hati kita masih HIDUP..


Dan teramat rugilah kita,

Jikalau dosa mampu memberikan kita ketenangan.


Wahai Sahabat,

Sekiranya hati terasa tidak tenang,

Mulakan dengan Istighfar,

Allah sentiasa menunggu rintihan kita..

InsyaAllah..




Wallahualam.

-Yang "kurang tenang"-



Sunday 28 October 2012

Eid Adha 1433


In the name of Allah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.



11 Dzulhijjah 1433.

My heart,
is set.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Wa lillaahil hamd.



Thursday 18 October 2012

S.M

credit


Guide me..

To follow the right path..

Because my steps are too "fragile"..



"Apabila mati seseorang anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfa'at dan anak yang soleh mendo'akan."
(Riwayat Imam Muslim)
 
 
 



Friday 12 October 2012

Antara Izin dan Redha


Izin dan redha..

Kedua-duanya adalah sesuatu yg berbeza..

Tidak semua perkara yang Allah izinkan untuk berlaku, perkara itu di redhai-Nya..

Juga tidak semua perkara yang Allah redha, Allah izinkan ianya untuk berlaku.


Moga Allah sentiasa redha ke atas segala ketentuan yg telah ditetapkan dah di izinkan keatas kita.


Wallahualam

Sunday 16 September 2012

Kursus Penapisan Lepasan Ijazah (KPLI)





“ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"
(HR At-Thabbrani dari Anas RA).



Hidup ni satu pengembaraan..

Episod dibumi UK dah berakhir, dan sekarang Penang pula menjadi sasaran..


 Timbul satu persoalan..

"Nak duduk asrama ke, or nak duduk luar dgn Ikhwah?"



"Kalau duduk asrama, selesa n murah.. xperlu dok serabut nak pikir2 pasal bil2 sume!"

"Kalau duduk luar pulak, faham2 jela Penang.. For sure the living cost is higher!"



Tapi....

Sewangi mana pun perfume, jika dibiarkan lama2 akan hilang juga wanginye..(eh?)



"You know yourself better."

And I decided to choose the second option..


Raudatul Ukhuwah destinasi dituju.



Apa yg pasti, life kt Penang ni tidaklah menjamin  hidup yg se"selesa" mcm kt UK dulu..

Tak keterlaluan kalau nk diumpamakn "macam langit n bumi"!


Pulau Pinang.

Maybe its a "medan" for me,

to bring "me" out from my "comfort zone"!

Moga ini yg terbaik insyaAllah..



Bismillah..


**********************************************************************************

Wait, nak tahu x ape yg bestnye kat RU ni?




Meoww~~


Kt sini ade bela miau akhawat betina.. so xlah sunyi sgt bila duk kt umah sorg2..hehe  :D



Wallahualam


 

Sunday 5 August 2012

#16 Ramadhan [Malu]


Malu.


Dalam dunia ni wujud manusia yg pemalu.


Ya. Malu bertempat itu bagus,


Cuma malu yg xbertempat itu yg serius annoying!


Namun apa yg pasti, malu kerana Allah itulah yg paling indah.


Jujur, sy ingin menjadi seorang yg pemalu.


How about you? =)


shy-shy cat(?) [credit]

Oh ya, bukankah Rasulullah saw juga merupakan seorang yg pemalu? 

=)


"Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda. (Muslim)"



Wallahualam.




Thursday 2 August 2012

#13 Ramadhan



Ramadhan: What we should aim and try to do:


Ibadah fardhu: Improve the quality.

Ibadah sunat: Increase the quantity.






Wednesday 1 August 2012

#12 Ramadhan



Dari Dialah ia datang,

dan kepada Dia jugalah ia perlu disandarkan.


:: Dealova Ramadhan ::


=)

Tuesday 31 July 2012

#11 Ramadhan

credit





"Pancarkanlah mata air kurniaanMu,

Agar berkat kemurahanMu terlaksanalah keinginanku."









Wednesday 25 July 2012

My 2nd House =)



"Boleh x carikan rumah kt area2 yg dekat dgn masjid?"

Masih teringat, it was the first question I asked when my senior called me- 3 years ago..

Kenapa cari masjid?


*************************************************************************

"Tak lama lagi aku dah nk fly, xde apa2 amanat or nasihat ke untuk aku?"

"Bila dah sampai sana nanti, cari masjid. InsyaAllah urusan yg selainnya akan dipermudahkan.." nasihatnya ringkas-tapi penuh makna.



And Alhamdulillah,

Setibanya disana,

I was introduced to this very awesome masjid!




Jalalabad Mosque- Bersaiz kecil tapi sangat besar sumbangannya!


Bersama imam 1(Pakcik Nur Alam-kanan) dan imam 2(lupa nama adeh-kiri) Masjid Jalalabad. Pakcik Nur Alam ni boleh digelar "Pakar BM", kalau jumpa je mesti nk cite pasal kawen..haha.. Yg tengah tu pulak bakal imam kpd zaujahnya (eh?)*blushing








Bersama anak imam 2-Ali Rahman. Eventho he's just 7 yr old, but he's already memorized a few juzuk of the Quran! Shame on me! -_-


Pakcik Hamid-Pakcik paling mesra! Masih ingat lagi masa awal2 jumpa dulu, die penah belanje makan sandwich! N dia ni mmg suka bagi org makanan.huhu








Encik Polis-Mr Rahman. What makes me "kagum" about him is he never missed his solat subuh berjemaah, eventho dia sedang bertugas! MashaAllah..


****************************************************


Dah 10 hari meninggalkan bumi bertuah UK.

Sudah mula merindui biah disana.



Di sini(Malaysia), 

aku belajar cara2 untuk menunaikan solat.

Tapi disana(UK),

aku belajar bagaimanakah "caranya" ingin menunaikan solat.



Can you see the difference? =)



Gonna miss u..Till we meet again insyaAllah
 

***********************************************


"Bila dah sampai sana nanti, cari masjid. InsyaAllah urusan yg selainnya akan dipermudahkan.." nasihatnya ringkas-tapi penuh makna.


Couldn't agree more with that. 

Jazakallahu khairan for the nasihat! =)




p/s: JOM rapatkn diri dgn rumah Allah di bulan Ramadhan ni! *dan bulan2 seterusnya juga  insyaAllah..=)


Wallahualam..


Wednesday 27 June 2012

Sponge oh sponge!




"Our heart is like a sponge." kata seorang brader didalam satu bayan(tazkirah) mingguan di masjid beberapa hari yang lalu..


"kalau kita rendam span tu dalam jus oren, then bila kita perahkan span tu, yang akan keluar adalah jus oren.."


"samalah juga kalau kita rendamkan span tu dalam air susu, confirm bila kita perahkan span tu, yang akan keluar adalah air susu jugak!" sambungnya lagi..


"Samalah juga dgn hati kita ni.."


 "Bila kita terlalu asyik masukkan dalam hati kita ni benda2 duniawi, maka yang akan keluar dari hati kita pun adalah benda2 duniawi.."


"Sebaliknya jika kita sibuk mengisikan hati kita dengan hal2 ukhrawi, sudah tentu yang akan keluar dari kita pun adalah hal2 ukhrawi.."



Aduhai spanku... T_T[credit]

Make sense jgk..
 

Bagaimanalah kita nak harapkan diri kita untuk sentiasa ingat kematian/akhirat,

kalau hari2 kita dok sibuk "telan" dunia,

sampai terlupa nk "telan" akhirat?


And for sure, 

kita xkan dapat perah air susu

dari span yg direndam dalam jus oren.

Kan?


Unless you are practising "black magic"!

-palm on your face-



Wallahualam.



Wednesday 20 June 2012

Friday 15 June 2012

Finally...



::First Class For Ummah::


The slogan that ive been bragging talking/spreading around,

 since my 2nd year study in the UK..






Its kinda "pressure" gak sebenarnye,

Cakap je lebih, nanti result entah ke mana..hehe..


But Alhamdulillah,

 The "pressure" was actually motivated me to struggle for it.

 Work very3 hard (yeke?=P)

 Disamping struggle dgn "kerja2" lain..



Now the result is out!

Thank you Allah.

For realizing my "dream"..


And of course,

Tanpa doa dari ibu/family/kawan/sahabat/ikhwah/akhawat(?) semua,

Surely I wouldn't achieve this..



::Jazakumullah khairan katheera::

**********************************************


" Weh, part "1st claz" dah setel, so part "for Ummah" tu camne pulak? " soalnya.

-Smile-

=))




Wallahualam..







Thursday 31 May 2012

Muhasabah Final Hekzem!



Situasi yang sering terjadi ketika musim hekzem!


:: Masa tgh buat revision ::

"Hurm, simple sgt topic ni, tak masuk exam rasanya. Baik aku fokus kat topic2 lain yg lebih susah!"

Then, masa tgh exam, it turns out that benda2 yang simple tula yg ditanya!

Dah la banyak markah pulak tuh!!

Oh no cutey, iam squeezed..  Again.. :O [credit]


Simple but Significant!

Tiba-tiba terfikir..

Selalunya, kita tend to ignore or buat "dun-no" dgn benda2 (either good or bad) yg dipandangan kita, kita rasa simple or remeh..

Tapi boleh jadi semua benda2 simple tu sebenarnya akan bg effect yg sgt "significant" dalam hidup kita(either in this world or in hereafter)..

Kita tak tahu kan? =)


**************************



Done with my final yr exam Alhamdulillah..

Now leaving the rest to Allah.. =)

Wallahualam..









Sunday 20 May 2012

Warm-up?




"Camne nak khusyuk dalam solat eyh? Kenapa kadang-kadang kita rasa macam tak "feel" pon solat tu?"


Satu persoalan, hoping for an opinion.. Or maybe an answer, even better!



"Mungkin kerana kita tak "warm-up" sebelum kita dirikan solat tu.." jawabnya pendek.

"Warm-up?"

"Apa maksud kau?"



"Kenapa kalau sebelum nak main bola kita kena buat warm-up dulu?" soalnya.

 "Erm, untuk prepare-kan fizikal tubuh badan kita sebelum kita main.. Untuk panaskan badan, untuk stimulate otot-otot kita sebelum beraksi di medan yang sebenar!."



"Hah, apa jadi kalau kita terus main tanpa buat warm-up dulu?" soalnya lagi.

"Lah, of coz la tak best main.. Tak dapat la main dengan our full performance! Sepak bola pon entah kemana nanti.. hehe.."



"Nah, itulah dia.."

"Berjalan ke masjid sambil berzikir, baca Quran, solat sunat rawatib dan tahiyyatul masjid.. Semua tu antara warm-up yang boleh kita buat, warm-up yang sedikit sebanyak boleh bantu mem-prepare-kan fizikal, minda dan rohani kita sebelum kita "beraksi" di medan yang sebenar! Yakni ibadat solat fardhu tu sendiri!"

"Macam mana kita nak harapkan performance yang terbaik, kalau warm-up pon kita tak buat?=)"
 
"Maybe its not applicable to everyone. Lain orang lain caranya. But, why not if you give it a try?" ujarnya sambil tersenyum..=)






I'm shocked!

And eventually wonder..

When was the last time I did my solat sunat Qabliyah?

Especially for Fajr!!


-Poker face-



Wallahualam




Wednesday 9 May 2012

Why do we dislike Death?




The more we invest on "something",
The more we love that "something".

Something: It could be anything. We decide.



Wallahualam




Monday 23 April 2012

One in a Thousand



Bayangkan situasi ini:

Satu hari, lecturer kita masuk kedalam lecture hall dan memberikan satu pengumuman..

"Ok guys, today I would like to announce that....

Dari jumlah keseluruhan seramai 200 orang yang ada didalam dewan kuliah ini, hanya 20 orang sahaja diantara kamu yang akan lulus didalam peperiksaan final nanti..

Selamat menduduki peperiksaan dan sekian terima kasih.."

What would be our reaction on that time?

Scared?

Speechless?

The probability of success = (20/200)
                                           = 0.1   --------- quite small!


***********************

Terdapat hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam sahihnya.

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. Rasulullah saw. bersabda:

 "Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami." Lalu baginda dipanggil lagi dengan satu panggilan: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk untuk dihantar ke dalam neraka." Adam bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke neraka itu?" Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap seribu, 999 orang." Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu). Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka mereka. Lalu Nabi saw. menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1. kalau kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati satu perempat penghuni syurga." Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati satu pertiga penghuni syurga." Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni syurga." Maka kami pun bertakbir lagi." 
(Hadis riwayat al-Bukhari) 

[credit]


Hanya satu dalam seribu umat Nabi Adam akan masuk syurga.

Dan separuh dari penghuni syurga adalah dari umat Muhammad s.a.w..

The probability of "success"= (1/1000) x 1/2
                                  = 0.0005

Freaking small ain't? :O :'(



Semoga kita termasuk didalam golongan yang separuh itu. 

Moga Allah permudahkan dan memandu hati-hati kita semua insyaAllah..



Wallahualam.




Wednesday 11 April 2012

Dimana ada market, disitu ada ayam.

My time is running out!

Final hekzem is just around the corner..

Dah berjam-jam baca nota + conteng2 kertas, but couldn't find any solution for those questions.

"Tak faham satu ape pon, camne nk jawab exam ni ohhh???!" Resah..=O

Tension2 gi kat laptop, bukak fesbuk, youtube, dengar lagu, etc.. Dengan harapan utk mcari sedikit ketenangan.. Kononnye lah kan..-_-

After a few hours "mencari ketenangan", sitting back on my work.. Dgn harapan dapat sambung study dgn tenang.. Unfortunately it wasn't the case!


ohh..[credit]


Dear myself, don't you remember..

What did you say to your friends..

Not a very long time ago..

" Kalau nak cari ayam, kenalah cari ditempat yg ada mjual ayam, bukannya ditempat lain!

Kita xkan jumpa org jual ayam dikedai handphone!

  Samalah juga dgn ketenangan. 

 Nak cari ketenangan, kenalah cari pada source of ketenangan tu sendiri..


Dan source of ketenangan tu is absolutely from Allah!

  Ketenangan itu milik Allah, maka mintalah padaNya.. Bukan pada yang lain.."

[credit]

Ohh..

Walk the talk please..

Sgt rugi bila mana org lain mendapat manfaat dari apa yg kau "ceramah"kan..

Sedangkan kau sendiri tidak dapat "merasai" manfaatnya.

 -senyum kelat-



Wednesday 28 March 2012

Zikir Terapi Diri


Hari ke hari, diri ini terasa penat..
Melayan karenah duniawi dan manusiawi disekeliling..
Hanya alunan zikir Ilahi,
Menjadi terapi diri..

InsyaAllah..=)


Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” 
(HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dari Abu Hurairah (ra),
 
 Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.
(HR. Al-Bukhari, Jilid 8, Bab 67, Hadith 414)



Wallahualam..

Sunday 25 March 2012

Mecca and Medina


Mecca and Medina..

Both completing each other..

Kalau kita buat haji ataupun umrah,
Tak lengkap kalau pegi Mekah saja, tapi x pegi Madinah.

Ataupun pegi Madinah je, tapi x pegi Mekah.
 Lagi la xlengkap!

 Kena pegi dua2 Mekah dan Madinah, barulah lengkap!=)



Have you finished doing the assignment? =)

Samalah juga halnya..

"Men are from Mecca,
Women are from Medina."

Both completing each other..
 
When the time has come,
Pasti bertemu jua..*

 InsyaAllah..=)


*sila muntah hijau sekarang juga!! :O~
P/s: the "weirdest" post ive ever wrote..=.=

Thursday 15 March 2012

Sahabat??

Kisah dua orang sahabat..


A : Salam, weh lama xdgr cerita.. ko ape kabar kt sane?? :DDD
B : Wslm, Alhamdulillah sihat je.. hihi.. ko ape cerita? Dengar2 dah nak "dot dot dot".. wohaha.. :P

A : Banyakk la kau, dot dot dot hapekebendanya.. hehe.. Alhamdulillah ok je.. :)
B : Owh, bagus la gitu, hehe..

 ******************************

************************

*******************

****************


B : weh, k la.. kt sini dah nk solat asar.. ko dah malam kt sana kn? g tdo sana! hehe...
A :Owh, sana baru asar eyh..

B : Haah seyh..
A : Owh.........

A : Eyh, ko camne skrg? masih solat jemaah kat masjid lagi x? =P
B : Urm, entah la.. skrg ni dah makin susah laa.. cam makin busy kan.. subuh lagi la.. huhu..

A : HUrm,='(( xleh gitu, kena cuba jugak eyh..
B : hehehe..

A : Ape hehehehe??? aku cakap betol2 ni.. pukul kang hah..hish!..
B : Hehe, actually ok je.. Alhamdulillah masih "dipilih" Allah utk bjemaah kt masjid.. masjid depan rumah je kot.. hape nk kena bakar rumah ke nk solat dlm bilik?  hehe..=P

A : Ceh kau ni.. memain pulak.. hadoi..
B : K la jom solat.. nnt2 sembang lagi.. k bai salam..=)

A : Waalaikumsalam.. =)

Jika aku terlalai, maka ingatkanlah... =)[Kredit]


Sahabat yang baik itu,
Sentiasa risau,
Jika hubungan kita dengannya dan dengan-Nya semakin jauh.

Kerana sahabat yg baik itu,
Sentiasa ingin agar,
Kita bersama2 dengannya ketika bertemu dengan-Nya..

Tak mampu mencari sahabat seperti itu?
Then, TRY to be one of THEM! =)

InsyaAllah..=)



 

Tuesday 6 March 2012

M.u.5.i.c

Kucing yg comel juga suka dengar music, apatah lagi manusia..=) [kredit]


Segala apa yg kita dengar, sedikit sebanyak boleh mberi kesan kpd diri dan emosi kita..

Tak percaya?

Kalau kita dengar lagu2 instrument/sentimental mcm Yiruma, Kitaro etc, 
mesti kita akan rasa cam "feeling" je bila dgr lagu tu.. :')

Kalau dengar lagu2 touching+sedih pulak, 
tak semena-mena kita pon akan turut merasai kesedihan
yg dibawa oleh lagu tu.. :'(

Kalau kita dengar lagu2 raya yg meriah,
Automatikeli kita akan rasa hepi+rasa kemeriahan hari raya tu..
Eventhough raya lama lagi kot.. -_-

Sama la jugak kalau kita dengar lagu2 nasyid yg bertemakn cinta, kasih dan seumpamanya,
Tanpa disedari kita pon akan turut merasai betapa indahnya berbaitulmuslim
perasaan cinta itu.. :O

Begitulah juga halnya dgn lagu2 n music2 yg lain.....


Tapi,,,,

Kenapa je bila dengar alunan ayat2 suci Al-Quran,
Kadang2 terasa macam Susah untuk merasai apa-apa eyh?

T_T





Wallahua'lam..



Saturday 25 February 2012

Punctuality of Prayer



"We should strive to make the prayers an event in our daily schedules, instead of just praying when we get time throughout the day."

Sama2 cuba usaha kearah itu insyaAllah.. =)

Wallahualam..

 

Thursday 16 February 2012

Doa Al-Haramain

" Nak tak kalau pakcik ajarkan 1 doa yg kita boleh cuba amalkan masa kat sini?"

"..................."

"............."

"........"

*************************************************************************************

Lambang penyatuan Ummah.

It was a sunny, hot and spicy day at Mecca..

Sangat-sangat bersyukur dgn peluang yg Allah beri, berada bersama jutaan umat Islam yg tak henti-henti mengabdikan dirinya, meluahkan rasa cinta dan rindunya kepada sang Pencipta.. Twenty-Four-Seven non-stop!

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan ni mmg agak mencabar.. Nak kejar umrah, nak buat terawih, dan berpuasa lagi, nak itu, nak ini lagi, masa tersangatlah suntuk.. In a simpler description, "NO rest until you arrive KLIA!" huhu..

So, biasenye kalau nk rehat pon, gap waktu antara solat Zuhur n Asar lah antara waktu yg paling sesuai utk rehat, boleh la untuk bace2 quran 2-3 muka, pastu rehat jap, then continue tilawah balik sampailah Asar..

Time2 ni jugaklah berpeluang untuk berjumpa dan bersembang dgn jemaah2 umrah dari Malaysia n negara2 lain.. Ada la pernah sembang-sembang dgn jemaah dari Turki, n yg paling banyak jumpa of coz la jemaah dari Msia..hehe..

Dan yg paling tak tahannye, setiap kali sembang dgn orang, soalan lazim dia akan tanya:


"Datang dengan sapa? Dengan isteri ke?"

"Have you married?"

"Err pakcik-pakcik, muka saya ni ada gaya orang yang sudah berkahwinkah? -__- "


Ok, end of story..

***********************************************************************************


Suasana di Masjidil Haram 2nd floor..
Zikir, bacaan quran menjadi peneman sehari-hari.



Satu hari tu, ada la jumpa dgn sorg pakcik ni.. Umurnya dalam 40-50-an.. Tenang je gaya pakcik tu.. Sekali pandang pon dah taw dah yg die ni dari keluarga yang baik-baik.. Firasat orang beriman katanya..uhuk3..

Sembang punya sembang, rupanya dia dulu pernah belajar kt US, amik engineering(wah hebat!) n skrg tgh bercuti dgn isteri n anak2 die kt sini.. Bercuti sambil beribadat.. Subhanallah..

So, seperti biasa, FAQ:



" Ni dah kahwin ke belum?"

" Belum lagi pakcik.. Nape, nak jodohkan saya dgn anak pakcik ke? Wohohoho.."
*Ok, ade sedikit unsur mitos dan tokok tambah disitu..-_-

" Tu la, kat tanah haram ni, kita kena ambik peluang yang ada, untuk banyakkan berdoa.. Lebih-lebih lagi doa kat tanah haram ni, tersangatlah mustajab.." sambungnya..

" Hmm, betul tu.."

".........."

" Nak tak kalau pakcik ajarkan 1 doa yg kita boleh cuba amalkan masa kat sini?"

" Doa ape pakcik?"

".........."

" Kalau boleh dalam doa kita tu, kita doakan sekali, "Ya Allah, Kau terimalah segala amalan2 dan ibadah umrah kami, amalan2 dan ibadah umrah orang-orang sebelum kami, serta amalan2 dan ibadah umrah orang-orang selepas kami.. Dan jadikanlah ianya asbab hidayah kpd seluruh umat manusia.."

" Kadang kita asyik sibuk berdoa untuk diri sendiri, sampai lupa untuk doakan orang lain. Sedangkan orang lain ada hak untuk doa kita."


Zaassss!
Ingatkan nak bagi doa cepat jumpa jodoh ke, ape ke kan..:O

Bila check2 balik list2 doa yg aku selalu buat,

"Ya Allah, ampunilah aku.. "
"permudahkan aku.. "
"bagi aku 1st Class.. "
"bagi aku ini.."
"bagi aku itu.."
"Aku.."
"Aku.."

Semuanya AKU!
Dah akhir2 doa baru la doa untuk family n rakan2, n jarang sekali doa untuk orang lain..
Sangat terkena dgn batang hidung sendiri.. Ouch!

Astaghfirullah...
Just realised that selama ni I'm being soo selfish n forget the others in my du'a..*

*Background music : Muhasabah Cinta by Edcoustic ..T_T
 

" Eh, da nak azan ni, anak tolong jagekan tempat ni boleh? Pakcik nak amik wuduk sat.."

" Ok pakcik.."

***********************************************************************************


Doaku buatmu..

Alhamdulillah..
And Jakallahu khairan pakcik..
For the short reminder but very meaningful..

Will try my best,
Untuk cuba berusaha mengingatkan diri,
Untuk mendoakan orang lain..
Especially, my beloved parents n family,
And also sahabat2 around me..

InsyaAllah..

Bukankah antara doa yg mustajab ialah doa seorang saudara
kepada saudaranya yg lain tanpa pengetahuan saudaranya itu?=)
(mafhum hadis)


Sooo..

Please do make du'a for me eyh?

and and and~

Sila jgn beritahu saya yang anda telah mendoakan saya!!hehe

Sekian terima kasih.. =)




Wallahualam..

Mode: Merindui Al-Haramain..



Saturday 28 January 2012

Jual beli!

Masa solat jumaat semalam, khatib ada memberi satu analogi yg sy kira sangat menarik dan best!
Iaitu analogi tentang jual beli.

Camne tu ye?

Ok, let say kita nk beli gula-gula.
Murah je harga gula-gula ni, £1 je dah dapat 1 plastik besar!
So, kita akan masuk dalam kedai tu, pilih n ambik gula-gula yg kita nak, then kita akan ke cashier untuk bayar harga gula-gula tu.
Pastu boleh la makan gula-gula tu.. Nyum3~

Ok now, cuba bayangkan kita nak beli pulak barang yg sgt mahal harganya..
Contohnya ipad 2, ok ni xla mahal sgt. Kita amik contoh jongkong emas!
Harga seketul jongkong emas 1kg tu sgt mahal tau harganya! Mencecah beratus2 ribu!
So, kita akan pergi ke kedai emas, bincang2 dgn tokey kedai tu, bayar dulu harga emas tu, then lepas bayar baru la kita akan dapat jongkong emas tu.
Pastu boleh la kita gilap2 jongkong emas tu.. Huhu~

Nampak tak?
Kalau sesuatu benda yg murah nilainya, senang2 je kita boleh amik benda tu dulu, boleh pegang2 rasa2 sentuh2 dulu, pastu baru bayar.

Tapi kalau benda2 yg sgt mahal ni, kebiasaannya kita perlu bayar dulu harga benda tu, then baru dapat. Jarang sekali kalau benda2 mahal ni, kita boleh rasa, pegang, sentuh n amik dulu sebelum kita bayar.

Begitu jugalah halnya dengan SYURGA!
Syurga tu tersaaangatlah mahal harganya!!
For sure sebelum kita boleh dapatkan syurga tu, ada urusniaga yg perlu kita selesaikan dulu!

We have to pay for it in advance!
Bagaimana caranya?

"Pay and you will be paid"[credit]

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 
(At-Taubah: ayat 111)


Err, faham ke analogi ni?
Kalau xfaham, cuba2lah untuk fahamkan..=)

Wallahualam..

Thursday 26 January 2012

-Healing-



Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: 

“Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”


Juga jangan dilupa firman Allah s.w.t:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
[Ar-Ra'du:28]


Moga Allah menyuburkan benih-benih ketenangan di dalam hati kita.

Wallahua'lam

Saturday 21 January 2012

Empty Space!

"Bila cawan dah kehabisan air, harus "refill" cepat2!"


" When only our heart is "empty" from the rememberance of Allah, then the Syaitaan will come and fill in the "empty" space. "


Its true enough..

Bila mana kita rasa tension + stress due to all the worldly things we've been through, dan masa tension2 tu jugaklah kita mula xmenjaga mutaabaah amal kita, maka sgt mudahlah ketika tu utk kita buat benda2 yg pelik (ie: jahiliyyah thingy)..

Dalam tafseer suraah An-Naas, ada disebutkan tentang beberapa ciri-ciri karakteristik musuh durjana kita yakni syaiton laknatullah.. Antaranya, mereka sgt bijak dan berstrategi dalam membisikkan "was was" dalam hati manusia.. 

ie: Bila mana manusia mula kurang mengingati Allah, hah, masa tu la dia akan berbisik kpd manusia, utk ajak manusia buat benda2 jahat.. Dan bila kita start mengingati Allah balik, they will stop whispering.. Then the process begins again and again - repeatly sampai lah kita meninggal dunia..

The point is - They will never stop from doing it - Mereka xkan berhenti sehinggalah matlamat mereka tercapai, yakni membawa kita bersama-sama menjadi teman mereka di neraka kelak.. Na'uzubillahi min dzalik..

Dalam suraah An-Naas ni juga, Allah meminta dan meng'offer' kita ni hamba-hambanya untuk meminta perlindungan dari-Nya dari bisikan dan hasutan jahat syaitan tu.. Kerana hanya dgn izin dan bantuan Allah sajalah, kita dapat terselamat dari segala bahaya hasutan etc tersebut..

Sangat-sangat recommended utk dengar n fahami tafseer surah An-Naas.. Hari-hari kita baca surah ni dalam solat, sangat rugi kalau kita xcuba n usaha untuk fahami makna dan mesej yg Allah cuba sampaikan dalam surah ni kn? =)

Link Mp3 Tafsir Surah An-Naas by Nouman Ali Khan: Part 1 : Part 2
Juga boleh download PDF version : Sini

Semoga bermanfaat insyaAllah..

Wallahualam..=)