Saturday 28 January 2012

Jual beli!

Masa solat jumaat semalam, khatib ada memberi satu analogi yg sy kira sangat menarik dan best!
Iaitu analogi tentang jual beli.

Camne tu ye?

Ok, let say kita nk beli gula-gula.
Murah je harga gula-gula ni, £1 je dah dapat 1 plastik besar!
So, kita akan masuk dalam kedai tu, pilih n ambik gula-gula yg kita nak, then kita akan ke cashier untuk bayar harga gula-gula tu.
Pastu boleh la makan gula-gula tu.. Nyum3~

Ok now, cuba bayangkan kita nak beli pulak barang yg sgt mahal harganya..
Contohnya ipad 2, ok ni xla mahal sgt. Kita amik contoh jongkong emas!
Harga seketul jongkong emas 1kg tu sgt mahal tau harganya! Mencecah beratus2 ribu!
So, kita akan pergi ke kedai emas, bincang2 dgn tokey kedai tu, bayar dulu harga emas tu, then lepas bayar baru la kita akan dapat jongkong emas tu.
Pastu boleh la kita gilap2 jongkong emas tu.. Huhu~

Nampak tak?
Kalau sesuatu benda yg murah nilainya, senang2 je kita boleh amik benda tu dulu, boleh pegang2 rasa2 sentuh2 dulu, pastu baru bayar.

Tapi kalau benda2 yg sgt mahal ni, kebiasaannya kita perlu bayar dulu harga benda tu, then baru dapat. Jarang sekali kalau benda2 mahal ni, kita boleh rasa, pegang, sentuh n amik dulu sebelum kita bayar.

Begitu jugalah halnya dengan SYURGA!
Syurga tu tersaaangatlah mahal harganya!!
For sure sebelum kita boleh dapatkan syurga tu, ada urusniaga yg perlu kita selesaikan dulu!

We have to pay for it in advance!
Bagaimana caranya?

"Pay and you will be paid"[credit]

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 
(At-Taubah: ayat 111)


Err, faham ke analogi ni?
Kalau xfaham, cuba2lah untuk fahamkan..=)

Wallahualam..

Thursday 26 January 2012

-Healing-



Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: 

“Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”


Juga jangan dilupa firman Allah s.w.t:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
[Ar-Ra'du:28]


Moga Allah menyuburkan benih-benih ketenangan di dalam hati kita.

Wallahua'lam

Saturday 21 January 2012

Empty Space!

"Bila cawan dah kehabisan air, harus "refill" cepat2!"


" When only our heart is "empty" from the rememberance of Allah, then the Syaitaan will come and fill in the "empty" space. "


Its true enough..

Bila mana kita rasa tension + stress due to all the worldly things we've been through, dan masa tension2 tu jugaklah kita mula xmenjaga mutaabaah amal kita, maka sgt mudahlah ketika tu utk kita buat benda2 yg pelik (ie: jahiliyyah thingy)..

Dalam tafseer suraah An-Naas, ada disebutkan tentang beberapa ciri-ciri karakteristik musuh durjana kita yakni syaiton laknatullah.. Antaranya, mereka sgt bijak dan berstrategi dalam membisikkan "was was" dalam hati manusia.. 

ie: Bila mana manusia mula kurang mengingati Allah, hah, masa tu la dia akan berbisik kpd manusia, utk ajak manusia buat benda2 jahat.. Dan bila kita start mengingati Allah balik, they will stop whispering.. Then the process begins again and again - repeatly sampai lah kita meninggal dunia..

The point is - They will never stop from doing it - Mereka xkan berhenti sehinggalah matlamat mereka tercapai, yakni membawa kita bersama-sama menjadi teman mereka di neraka kelak.. Na'uzubillahi min dzalik..

Dalam suraah An-Naas ni juga, Allah meminta dan meng'offer' kita ni hamba-hambanya untuk meminta perlindungan dari-Nya dari bisikan dan hasutan jahat syaitan tu.. Kerana hanya dgn izin dan bantuan Allah sajalah, kita dapat terselamat dari segala bahaya hasutan etc tersebut..

Sangat-sangat recommended utk dengar n fahami tafseer surah An-Naas.. Hari-hari kita baca surah ni dalam solat, sangat rugi kalau kita xcuba n usaha untuk fahami makna dan mesej yg Allah cuba sampaikan dalam surah ni kn? =)

Link Mp3 Tafsir Surah An-Naas by Nouman Ali Khan: Part 1 : Part 2
Juga boleh download PDF version : Sini

Semoga bermanfaat insyaAllah..

Wallahualam..=)

Thursday 19 January 2012

# Homework



Its always best to study and do some homework before u sit for an exam.. =)






Monday 16 January 2012

She..^^

"Tuut tuut.. Tuut tuut.."

"Assalamualaikum mae~~ Tengah buat ape? Dah bangun? Dah mandi? Dah sarapan? Sarapan ape pagi ni? hehe.."

"Waalaikumsalam~~ Pagi lagi ni, belum sarapan lagi.. Keluar bilik pun belum lagi ni..:) "

"Owh,,, Mae waras?"

"Alhamdulillah, nek orak waras pon kue orak iso gawe opo pon..huhu.."

"Alaa.. Urm, pagi ni nk pegi mana?"

"Pagi ni nak pegi rumah ustaz, ada ngaji-ngaji.."

"Owh......~"

******



Kadang-kadang, xperlu lama pun..
2-3 minit pun dah ok..

Just want to show,
That I do really care,

And love her....

For the sake of Him insyaAllah..

Its look simple,
But I know that

She really appreciate it..

And who knows,
30pence a day might "buy" you
A Jannah!
Kan? =)


Really miss her! :'(



*********


"Mae mae!"

"Ye?.."

"Nak "ok-ok" boleh tak? hihi.."

"Boleh.....bila tu? =)"

"Yea! ^^"

Saturday 14 January 2012

Dua Pilihan


Suatu ketika dulu..[kredit]


 Dulu,
Semasa kita dilahirkan kedunia,
Semua orang disekeliling kita berasa gembira,
Kita pula ketika itu menangis..

Persoalannya,
Bila kita meninggal dunia kelak,
Semua orang disekeliling kita akan menangis,
Adakah ketika itu,
Kita akan gembira?
Atau kita pun akan turut menangis?

Menangis atau gembira,itu pilihan kita..[kredit]

"Bergembiralah bagi mereka yg matinya didalam "Husnul Khatimah" yakni mati dalam keimanan.

Dan pastilah kesedihan bagi mereka yg mati dalam "Suul Khatimah" yakni mati dalam keadaan berlumuran dosa.."


Wallahualam..

Tuesday 10 January 2012

Ku merinduimu.


Bismillah..






5 tahun dah berlalu..

Masih teringat akan pesanan dan amanahmu..

Disini aku sedang berusaha,

Memenuhi amanahmu..

Moga Allah menempatkan kau bersama orang2 yg soleh dan beriman..

InsyaAllah..

"Al-Fatihah"



“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].