Iaitu analogi tentang jual beli.
Camne tu ye?
Ok, let say kita nk beli gula-gula.
Murah je harga gula-gula ni, £1 je dah dapat 1 plastik besar!
So, kita akan masuk dalam kedai tu, pilih n ambik gula-gula yg kita nak, then kita akan ke cashier untuk bayar harga gula-gula tu.
Pastu boleh la makan gula-gula tu.. Nyum3~
Ok now, cuba bayangkan kita nak beli pulak barang yg sgt mahal harganya..
Contohnya ipad 2, ok ni xla mahal sgt. Kita amik contoh jongkong emas!
Harga seketul jongkong emas 1kg tu sgt mahal tau harganya! Mencecah beratus2 ribu!
So, kita akan pergi ke kedai emas, bincang2 dgn tokey kedai tu, bayar dulu harga emas tu, then lepas bayar baru la kita akan dapat jongkong emas tu.
Pastu boleh la kita gilap2 jongkong emas tu.. Huhu~
Nampak tak?
Kalau sesuatu benda yg murah nilainya, senang2 je kita boleh amik benda tu dulu, boleh pegang2 rasa2 sentuh2 dulu, pastu baru bayar.
Tapi kalau benda2 yg sgt mahal ni, kebiasaannya kita perlu bayar dulu harga benda tu, then baru dapat. Jarang sekali kalau benda2 mahal ni, kita boleh rasa, pegang, sentuh n amik dulu sebelum kita bayar.
Begitu jugalah halnya dengan SYURGA!
Syurga tu tersaaangatlah mahal harganya!!
For sure sebelum kita boleh dapatkan syurga tu, ada urusniaga yg perlu kita selesaikan dulu!
We have to pay for it in advance!
Bagaimana caranya?
"Pay and you will be paid"[credit] |
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(At-Taubah: ayat 111)
Kalau xfaham, cuba2lah untuk fahamkan..=)
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment