Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Tenanglah..





Kesan dosa dalam hidup-credit-

Hati yang di isi dengan dosa dan noda,

Takkan bisa tenang..


Tidak percaya?


Cubalah tanyakan kepada pencuri,

Adakah mereka berasa tenang ketika mencuri?


Tanyalah kepada penerima rasuah,

 Tenangkah mereka ketika menjalani proses "perasuahan"?

Tanya dan tanyalah lagi.

Jawapan mereka hanya satu. Pasti.

"Ya, kami tidak tenang!"


Kerana dosa itu,

pasti memberi kesan kepada hati..


Namun bersyukurlah kiranya,

Jika hati kita berasa tidak tenang disebabkan dosa2 kita..


Kerana itu tandanya,

Hati kita masih HIDUP..


Dan teramat rugilah kita,

Jikalau dosa mampu memberikan kita ketenangan.


Wahai Sahabat,

Sekiranya hati terasa tidak tenang,

Mulakan dengan Istighfar,

Allah sentiasa menunggu rintihan kita..

InsyaAllah..




Wallahualam.

-Yang "kurang tenang"-



Friday, 12 October 2012

Antara Izin dan Redha


Izin dan redha..

Kedua-duanya adalah sesuatu yg berbeza..

Tidak semua perkara yang Allah izinkan untuk berlaku, perkara itu di redhai-Nya..

Juga tidak semua perkara yang Allah redha, Allah izinkan ianya untuk berlaku.


Moga Allah sentiasa redha ke atas segala ketentuan yg telah ditetapkan dah di izinkan keatas kita.


Wallahualam

Tuesday, 31 July 2012

#11 Ramadhan

credit





"Pancarkanlah mata air kurniaanMu,

Agar berkat kemurahanMu terlaksanalah keinginanku."









Wednesday, 27 June 2012

Sponge oh sponge!




"Our heart is like a sponge." kata seorang brader didalam satu bayan(tazkirah) mingguan di masjid beberapa hari yang lalu..


"kalau kita rendam span tu dalam jus oren, then bila kita perahkan span tu, yang akan keluar adalah jus oren.."


"samalah juga kalau kita rendamkan span tu dalam air susu, confirm bila kita perahkan span tu, yang akan keluar adalah air susu jugak!" sambungnya lagi..


"Samalah juga dgn hati kita ni.."


 "Bila kita terlalu asyik masukkan dalam hati kita ni benda2 duniawi, maka yang akan keluar dari hati kita pun adalah benda2 duniawi.."


"Sebaliknya jika kita sibuk mengisikan hati kita dengan hal2 ukhrawi, sudah tentu yang akan keluar dari kita pun adalah hal2 ukhrawi.."



Aduhai spanku... T_T[credit]

Make sense jgk..
 

Bagaimanalah kita nak harapkan diri kita untuk sentiasa ingat kematian/akhirat,

kalau hari2 kita dok sibuk "telan" dunia,

sampai terlupa nk "telan" akhirat?


And for sure, 

kita xkan dapat perah air susu

dari span yg direndam dalam jus oren.

Kan?


Unless you are practising "black magic"!

-palm on your face-



Wallahualam.



Monday, 23 April 2012

One in a Thousand



Bayangkan situasi ini:

Satu hari, lecturer kita masuk kedalam lecture hall dan memberikan satu pengumuman..

"Ok guys, today I would like to announce that....

Dari jumlah keseluruhan seramai 200 orang yang ada didalam dewan kuliah ini, hanya 20 orang sahaja diantara kamu yang akan lulus didalam peperiksaan final nanti..

Selamat menduduki peperiksaan dan sekian terima kasih.."

What would be our reaction on that time?

Scared?

Speechless?

The probability of success = (20/200)
                                           = 0.1   --------- quite small!


***********************

Terdapat hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam sahihnya.

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. Rasulullah saw. bersabda:

 "Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami." Lalu baginda dipanggil lagi dengan satu panggilan: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk untuk dihantar ke dalam neraka." Adam bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke neraka itu?" Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap seribu, 999 orang." Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu). Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka mereka. Lalu Nabi saw. menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1. kalau kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati satu perempat penghuni syurga." Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati satu pertiga penghuni syurga." Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni syurga." Maka kami pun bertakbir lagi." 
(Hadis riwayat al-Bukhari) 

[credit]


Hanya satu dalam seribu umat Nabi Adam akan masuk syurga.

Dan separuh dari penghuni syurga adalah dari umat Muhammad s.a.w..

The probability of "success"= (1/1000) x 1/2
                                  = 0.0005

Freaking small ain't? :O :'(



Semoga kita termasuk didalam golongan yang separuh itu. 

Moga Allah permudahkan dan memandu hati-hati kita semua insyaAllah..



Wallahualam.




Wednesday, 28 March 2012

Zikir Terapi Diri


Hari ke hari, diri ini terasa penat..
Melayan karenah duniawi dan manusiawi disekeliling..
Hanya alunan zikir Ilahi,
Menjadi terapi diri..

InsyaAllah..=)


Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” 
(HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dari Abu Hurairah (ra),
 
 Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.
(HR. Al-Bukhari, Jilid 8, Bab 67, Hadith 414)



Wallahualam..

Tuesday, 6 March 2012

M.u.5.i.c

Kucing yg comel juga suka dengar music, apatah lagi manusia..=) [kredit]


Segala apa yg kita dengar, sedikit sebanyak boleh mberi kesan kpd diri dan emosi kita..

Tak percaya?

Kalau kita dengar lagu2 instrument/sentimental mcm Yiruma, Kitaro etc, 
mesti kita akan rasa cam "feeling" je bila dgr lagu tu.. :')

Kalau dengar lagu2 touching+sedih pulak, 
tak semena-mena kita pon akan turut merasai kesedihan
yg dibawa oleh lagu tu.. :'(

Kalau kita dengar lagu2 raya yg meriah,
Automatikeli kita akan rasa hepi+rasa kemeriahan hari raya tu..
Eventhough raya lama lagi kot.. -_-

Sama la jugak kalau kita dengar lagu2 nasyid yg bertemakn cinta, kasih dan seumpamanya,
Tanpa disedari kita pon akan turut merasai betapa indahnya berbaitulmuslim
perasaan cinta itu.. :O

Begitulah juga halnya dgn lagu2 n music2 yg lain.....


Tapi,,,,

Kenapa je bila dengar alunan ayat2 suci Al-Quran,
Kadang2 terasa macam Susah untuk merasai apa-apa eyh?

T_T





Wallahua'lam..



Thursday, 26 January 2012

-Healing-



Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: 

“Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”


Juga jangan dilupa firman Allah s.w.t:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
[Ar-Ra'du:28]


Moga Allah menyuburkan benih-benih ketenangan di dalam hati kita.

Wallahua'lam

Saturday, 14 January 2012

Dua Pilihan


Suatu ketika dulu..[kredit]


 Dulu,
Semasa kita dilahirkan kedunia,
Semua orang disekeliling kita berasa gembira,
Kita pula ketika itu menangis..

Persoalannya,
Bila kita meninggal dunia kelak,
Semua orang disekeliling kita akan menangis,
Adakah ketika itu,
Kita akan gembira?
Atau kita pun akan turut menangis?

Menangis atau gembira,itu pilihan kita..[kredit]

"Bergembiralah bagi mereka yg matinya didalam "Husnul Khatimah" yakni mati dalam keimanan.

Dan pastilah kesedihan bagi mereka yg mati dalam "Suul Khatimah" yakni mati dalam keadaan berlumuran dosa.."


Wallahualam..

Thursday, 27 October 2011

6 Faktor Yang Merosakkan Hati

Salam'alaik~


Hati yang sakit,perlu dirawat..


Berkata seorang tabiin yang sangat masyur, Hasan al-Basri r.a, dia berkata;

"Sesungguhnya kerosakan hati itu disebabkan oleh Enam hal:
  
Pertama, mereka sengaja berbuat dosa dengan harapan dapat bertaubat.

Kedua, mereka menuntut ilmu tapi tidak mengamalkannya.
  
Ketiga, jika mereka mengamalkannya pun namun tidak ikhlas.
  
Keempat, mereka makan dari rezeki Allah, namun tidak bersyukur.
  
Kelima, mereka tidak redha dengan bahagian dari Allah.
  
Keenam, mereka mengebumikan orang2 mati,namun tidak mahu mengambil iktibar daripadanya.."


Adalah sangat tepat hikmah yg disampaikn oleh Imam Hasan al-Basri itu..
Sama-sama muhasabah insyaAllah..=)
Wallahualam..


Rujukan: Nashaihul 'Ibad oleh Imam Nawawi
Credit gambar: sini