[kredit] |
Saya jeles dengan mereka..
Dengan segolongan hamba Allah yg terpilih ini..
Mereka berani untuk bercerita tentang Islam,
Tentang kebesaran Allah,
Tentang kalimah toyyibah yang agung,
Kepada sesiapapun,
Kenal atau pun tidak.
Saya,,
Nak cerita semua tu,
Dengan rakan sahabat sendiri pon x berani..
Segan...
Saya jeles dengan mereka..
Mereka tak malu untuk pegi dari rumah ke rumah,
Saling menasihati, mengajak kepada kebaikan,
Ajak solat jemaah dimasjid,
Ajak amal sunnah Nabi,
Kepada sesiapapun,
Kenal atau pun tidak.
Saya,,
Nak melawat mad'u dari rumah ke rumah pon malu.
Ajak orang ramai solat jemaah dimasjid?
Heh,
Nak ajak sahabat terdekat pegi masjid pon belum tentu.
Malu..
Saya jeles dengan mereka..
Mereka sanggup korbankan masa dan duit,
Call mad'u mereka,
Menjamu selera mad'u mereka,
Korban masa at least sehari sebulan utk mengimarahkan masjid-masjid,
Saya,,
Owh, tak sanggup saya nak cakap..
Cinta dunia saya sangatlah kuat..
Cinta dunia saya sangatlah kuat..
Saya jeles dengan mereka..
Walaupun dikritik hebat,
Diperolok-olokkan,walaupun bukan dihadapan mereka,
Tapi saya yakin, mereka turut mengetahuinya,
Kerana mereka juga ada pendengaran..
Tapi tetap teguh bergerak didalam saff-saff,
Demi melihat kalimah Allah tertegak dimuka bumi ini..
Saya pula,
Baru saja mendengar khabar angin yang saya dikritik,
Yang kadang-kadang belum tentu betul pon kesahihannya,
Sudah mula merancang untuk mengundur diri..
Takut...
Saya jeles dengan mereka..
Jangan dilihat kepada kekurangan mereka,
Jangan dikritik kepada 'ketidak kesesuaian' method dakwah mereka,
Apatah lagi mempertikaikan keikhlasan mereka..
Saya langsung tidak layak untuk kritik mereka!!
LANGSUNG!!
Jika saya hanyalah duduk bersenang lenang dirumah,
Dihadapan laptop sambil menghirup nescafe panas.
Mahukan semuanya selesa.
Dakwah mesti mahu selesa!
Dalam masa yg sama,
Mengharapkan keajaiban,
Islam akan kembali tertegak..
Astaghfirullah..
Saya jeles dengan mereka..
Allah pilih mereka..
Mereka sedang berusaha memulakan pelaburan saham akhirat mereka,
Saya bagaimana?
Apa yang saya dah buat?
Duduk-duduk saja?
Oh..
Saya jeles dengan mereka..
Wallahualam..