Thursday, 8 August 2013

Selamat Raya

Ramai sahabat2 yang akan "berbuka puasa" di bulan Syawal ni.

But for me, i have to continue "bpuasa" sampai la my turn utk "bbuka" tiba.. :)

Its been a year already. 

May Allah bless n guide both of us InsyaAllah =)

-Dealova Syawal-

"Taqabbalallahu minna waminkum"

Sunday, 21 July 2013

No bazar yet




Ramadhan datang lagi!

Waahh, sedar x sedar dah hampir separuh kita menjalani bulan yg mulia nih!

Ramadhan kali ni, mungkin sedikit berbeza berbanding ramadhan2 sebelum ni..

1) 1st time berpuasa nun jauh diperantauan tanpa bersama keluarga.. even sblm ni blaja kt overC pon tiap2 tahun bpuasa dgn femili..

2) Tiap2 hari berbuka kat masjid/surau.. Setakat ni xpernah jejakkan kaki ke bazar ramadhan lagi, what a record! =D

Perbuatan ini sedikit sebanyak berjaya melatih diri supaya bersyukur dgn makanan apa yg ada.. Makan apa yang tersedia instead of memilih makanan yg kita nk makan.. But Alhamdulillah so far stp hari juadah yg disediakan kat masjid ni memang best2! Different menu everyday =)
In addition, duit pon boleh saving.. =P

3) Terawih kali ni buat 8 je.. *ok, macam la ko selama ni buat 20..

4) Etc etc..




Another half untuk dilalui. 

How's our progress dalam usaha mencapai darjat taqwa disisi Allah? =)

"Allahumma innaka ‘afuwwun kareem, tuhibbul ‘afwa fa’fu anna’"




Tuesday, 30 April 2013

Sharing is caring



When I was in UK, bila tiba je waktu final exam, kami semua akan berpakat untuk share semua jadual exam sesama kami..

Tujuannya supaya kami boleh tahu bila rakan-rakan kami akan ber exam so that bila dorg ade paper on a certain day, org lain(espc housemate) yg xde paper on that day boleh la tolong apa2 yang patut spt tolong masak etc..

Samalah bila kita pulak yg ade paper, org lain yg free would do the same..


Bukan tu je.. Ada byk lagi benda lain yg boleh kita buat untuk tolong mereka2 yg ade paper ni..


Benda paling simple but sumtimes selalu lupa nk buat,


Pray for them..





Gudluck guys.
 
 
 
 

Monday, 8 April 2013

Refleksi Praktikum #1



Mengajar murid2.. Yeah, It's not an EASY task bro! Eventho i tot it was..

Lebih2 lagi mengajar subjek matematik di waktu tengahhari yg obviesli lagi syok kalau tidur, Add Math apatah lagi.. Aduhhh..

Memang susah/lambat budak nak faham..

Tiba-tiba teringat satu kata-kata ni,

"Ilmu itu umpama Nur iaitu cahaya, jika hati kita lutsinar (baca: bersih) maka mudahlah ia nak menembusi hati kita (ie terima ilmu).. Begitulah juga sebaliknya.."
 
Agak mudah menyimpulkan bahawa mungkin muridlah yang bermasalah hingga susah ilmu nak masuk kedalam hatinya..

Tapi sudut pandangan yang lain, mungkin jugak murid susah nak terima ilmu disebabkan guru itu sendiri yang bermasalah..

Hati yang kotor, adakah mungkin mampu menyampaikan ilmu/Nur dengan baik kepada anak muridnya?

Wallahualam


p/s: Selain murid-murid, rasanya guru-guru pon kena bdoa jgk at the beginning of claz, so that lebih mudah utk guru deliver ilmu tu kn? =)
p/ss: Masih mencari jalan dan ruang untuk menjadi pendidik yg baik.. Moga2 dipertemukan    insyaAllah.. Ameen..

Friday, 29 March 2013

Keep calm n carry on


"Awak2, nak tanya sumtg boleh?"

"Hmm, iye tanyalah.."

"Urm, kita ni sedang membina cinta ataupun cinta sedang membina kita?"

"..."

"Erm, kedua-duanya.."

"Kerana Allah lah kita membina cinta ini.. Dan semestinya cinta kerana Allah itu pasti akan membina diri kita.. Kan? "

=)



For now, just ignore the picture okay! -_-


May Allah guides our heart InsyaAllah..

#keeppatienceandcarryonimprovingourselfmydear=)

Saturday, 16 March 2013

...


Begitu bertuahnya mereka yang dipanggil Allah disaat sedang sibuk memperjuangkan agamaNya, mengerah tenaga menjalankan tugas Syahadatul Haq..

Pasti mereka sudah ada jawapan untuk diberikan ketika disoal dan dipertanggungjawabkan kelak.

::Al-Fatihah::

"Urusan arwah dah selesai, bagaimana pula kita?"

Bagaimana mungkin kita mendamba syurga, andai cinta dunia masih menebal dihati. T_T


Saturday, 9 March 2013

Doa #1

 
Suatu hari Baginda s.a.w. memegang tangan Mu'az bin Jabal, lalu berkata: 

"Wahai Mu'az, Demi ALLAH, aku mencintaimu", lalu jawab Mu'az: "Demi ayahku dan ibuku, Demi ALLAH, aku juga mencintaimu wahai Rasulullah" .
Lalu Rasulullah bersabda: "aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az supaya jangan meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat:
            Allahumma A'inni 'Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni 'Ibadatik

"Wahai ALLAH, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku kepada-Mu." 
 
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa'ie, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dan al-Hakim & disahihkan oleh al-Albani)


 


"Allahumma A'inni 'Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni 'Ibadatik"
 
 
 
 
 
 

Saturday, 2 March 2013

my hope


"Andai diberikan emas permata, 
ku pilih senyumanmu..
Andai kupunyai mahligai indah,
Kuhadiahkan untukmu..."

*Lirik lagu Bayangan Gurauan by Mega


"Dasyatnya cinta dia ni kt awek isteri dia, sanggup pilih senyuman dari memilih emas.. Padahal ap la sgt dgn senyuman tuh.."

"Kalau kita benar-benar cinta dgn seseorg tu, for sure kita akn utamakan dia lebih dari yg lain, regardless in any condition pon!"


 ***********************************************************


*Kedengaran azan subuh sedang dilaungkan, dan aku masih sedap tidur sambil menarik selimut di sini.

  Ok tengs


#DearAllah,givemeyourlove




Tuesday, 19 February 2013

Tsabat



Tsabat

Perkataan yang selalu kedengaran bila berprogram bersama-sama ikhwah/karkun pada suatu masa dulu.

"moga anta terus tsabat ya akhii..huhuhu"

Rasa mcm simple n ringan je benda ni masa sebut-sebut dulu..

Hepi go laki seperti kanak2 makan hepi meal je kan sebut.

Bila da la ni, baru sedar "besar" rupanya maksud perkataan ni.

Dan juga ianya "berat"


-Tsabat-

"Ringan dimulut, berat dihati"


Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbits quluubana aalad diinik.

Wednesday, 13 February 2013

A step back



Hati sedih, senyuman jadi palsu.

Dalam semua ketentuan, pasti ada hikmah.

Tapi serius aku xfaham, atau mungkin aku belum cukup matang untuk faham.

Apa yg aku fikir sekarang, I need to take "a step back"..

#Kau kenapa luah perasaan kt blog, dah buat tebiat?

#Ya

Saturday, 19 January 2013

Kaki masbuk



Masa kat UK dulu, rumah dekat je dengan masjid. Berjalan kaki tak sampai pon 3 minit.

Tapi yang peliknya, setiap kali solat je mesti masbuk. Jarang2 sekali dapat takbir bsama2 imam. Haish!

Mana tak nya, dah kalau waktu solat jemaah pukul 1.30, pastu pukul 1.30 tu la baru semua nak menggelabah berebut-rebut nak g tandas/amik wuduk bagai dari rumah.

Mentang-mentang la rumah dekat je dengan masjid. Take for granted bak kata org putih. -_-

Tapi itulah pengalaman, yang kini hanya tinggal menjadi kenangan.

Kenangan yang tak mungkin aku lupa.

Sampai bila-bila... *ok, ini berbunyi sungguh klise =P


Oh, sungguh aku rindu untuk berjalan menuju ke masjid bersama-sama kalian seperti dulu!



Thursday, 3 January 2013

Gembira


Beberapa bulan yg lalu, ada sorg sahabat aku ni ditimpa musibah. Musibah yg boleh dikatakan agak hebat jugak.

Apa yg mengejutkan aku, ada yg beritahu,

"Dah lama dia tak semayang dah.."

Bila ditanya,

"Selama ni aku semayang je pon, tapi KENAPA DIA buat kat aku camni? Semayang x semayang pon same jelah!"

"Ni sume ujian, bawak2 bersabar.."

"Ko tak rasa apa yang aku rasa.. Berat mata memandang, yg memikul ni lagi lah.."

Siapa tak sedih kalau tengok keadaan kawan camtu.. Tapi ape yg aku boleh buat?

*********************************************************************************

Masa berlalu pantas.. Ternyata rahmat Allah mengatasi segalanya.. Dia juga lah yg berhak beri hidayah kpd sesapepon yg Dia nak..

He is going back to the right path. Sudah mula berusaha untuk kembali mendekati-Nya.. Subhanallah Alhamdulillah..

Aku tumpang gembira. Semoga Allah sentiasa pandu dan bimbing kita utk kembali kpd-Nya.. Dan moga terus istiqomah utk terus berubah..InsyaAllah..