Monday, 12 November 2012

Tenanglah..





Kesan dosa dalam hidup-credit-

Hati yang di isi dengan dosa dan noda,

Takkan bisa tenang..


Tidak percaya?


Cubalah tanyakan kepada pencuri,

Adakah mereka berasa tenang ketika mencuri?


Tanyalah kepada penerima rasuah,

 Tenangkah mereka ketika menjalani proses "perasuahan"?

Tanya dan tanyalah lagi.

Jawapan mereka hanya satu. Pasti.

"Ya, kami tidak tenang!"


Kerana dosa itu,

pasti memberi kesan kepada hati..


Namun bersyukurlah kiranya,

Jika hati kita berasa tidak tenang disebabkan dosa2 kita..


Kerana itu tandanya,

Hati kita masih HIDUP..


Dan teramat rugilah kita,

Jikalau dosa mampu memberikan kita ketenangan.


Wahai Sahabat,

Sekiranya hati terasa tidak tenang,

Mulakan dengan Istighfar,

Allah sentiasa menunggu rintihan kita..

InsyaAllah..




Wallahualam.

-Yang "kurang tenang"-