Wednesday, 28 March 2012

Zikir Terapi Diri


Hari ke hari, diri ini terasa penat..
Melayan karenah duniawi dan manusiawi disekeliling..
Hanya alunan zikir Ilahi,
Menjadi terapi diri..

InsyaAllah..=)


Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” 
(HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dari Abu Hurairah (ra),
 
 Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.
(HR. Al-Bukhari, Jilid 8, Bab 67, Hadith 414)



Wallahualam..

Sunday, 25 March 2012

Mecca and Medina


Mecca and Medina..

Both completing each other..

Kalau kita buat haji ataupun umrah,
Tak lengkap kalau pegi Mekah saja, tapi x pegi Madinah.

Ataupun pegi Madinah je, tapi x pegi Mekah.
 Lagi la xlengkap!

 Kena pegi dua2 Mekah dan Madinah, barulah lengkap!=)



Have you finished doing the assignment? =)

Samalah juga halnya..

"Men are from Mecca,
Women are from Medina."

Both completing each other..
 
When the time has come,
Pasti bertemu jua..*

 InsyaAllah..=)


*sila muntah hijau sekarang juga!! :O~
P/s: the "weirdest" post ive ever wrote..=.=

Thursday, 15 March 2012

Sahabat??

Kisah dua orang sahabat..


A : Salam, weh lama xdgr cerita.. ko ape kabar kt sane?? :DDD
B : Wslm, Alhamdulillah sihat je.. hihi.. ko ape cerita? Dengar2 dah nak "dot dot dot".. wohaha.. :P

A : Banyakk la kau, dot dot dot hapekebendanya.. hehe.. Alhamdulillah ok je.. :)
B : Owh, bagus la gitu, hehe..

 ******************************

************************

*******************

****************


B : weh, k la.. kt sini dah nk solat asar.. ko dah malam kt sana kn? g tdo sana! hehe...
A :Owh, sana baru asar eyh..

B : Haah seyh..
A : Owh.........

A : Eyh, ko camne skrg? masih solat jemaah kat masjid lagi x? =P
B : Urm, entah la.. skrg ni dah makin susah laa.. cam makin busy kan.. subuh lagi la.. huhu..

A : HUrm,='(( xleh gitu, kena cuba jugak eyh..
B : hehehe..

A : Ape hehehehe??? aku cakap betol2 ni.. pukul kang hah..hish!..
B : Hehe, actually ok je.. Alhamdulillah masih "dipilih" Allah utk bjemaah kt masjid.. masjid depan rumah je kot.. hape nk kena bakar rumah ke nk solat dlm bilik?  hehe..=P

A : Ceh kau ni.. memain pulak.. hadoi..
B : K la jom solat.. nnt2 sembang lagi.. k bai salam..=)

A : Waalaikumsalam.. =)

Jika aku terlalai, maka ingatkanlah... =)[Kredit]


Sahabat yang baik itu,
Sentiasa risau,
Jika hubungan kita dengannya dan dengan-Nya semakin jauh.

Kerana sahabat yg baik itu,
Sentiasa ingin agar,
Kita bersama2 dengannya ketika bertemu dengan-Nya..

Tak mampu mencari sahabat seperti itu?
Then, TRY to be one of THEM! =)

InsyaAllah..=)



 

Thursday, 8 March 2012

Tuesday, 6 March 2012

M.u.5.i.c

Kucing yg comel juga suka dengar music, apatah lagi manusia..=) [kredit]


Segala apa yg kita dengar, sedikit sebanyak boleh mberi kesan kpd diri dan emosi kita..

Tak percaya?

Kalau kita dengar lagu2 instrument/sentimental mcm Yiruma, Kitaro etc, 
mesti kita akan rasa cam "feeling" je bila dgr lagu tu.. :')

Kalau dengar lagu2 touching+sedih pulak, 
tak semena-mena kita pon akan turut merasai kesedihan
yg dibawa oleh lagu tu.. :'(

Kalau kita dengar lagu2 raya yg meriah,
Automatikeli kita akan rasa hepi+rasa kemeriahan hari raya tu..
Eventhough raya lama lagi kot.. -_-

Sama la jugak kalau kita dengar lagu2 nasyid yg bertemakn cinta, kasih dan seumpamanya,
Tanpa disedari kita pon akan turut merasai betapa indahnya berbaitulmuslim
perasaan cinta itu.. :O

Begitulah juga halnya dgn lagu2 n music2 yg lain.....


Tapi,,,,

Kenapa je bila dengar alunan ayat2 suci Al-Quran,
Kadang2 terasa macam Susah untuk merasai apa-apa eyh?

T_T





Wallahua'lam..



Saturday, 25 February 2012

Punctuality of Prayer



"We should strive to make the prayers an event in our daily schedules, instead of just praying when we get time throughout the day."

Sama2 cuba usaha kearah itu insyaAllah.. =)

Wallahualam..

 

Thursday, 16 February 2012

Doa Al-Haramain

" Nak tak kalau pakcik ajarkan 1 doa yg kita boleh cuba amalkan masa kat sini?"

"..................."

"............."

"........"

*************************************************************************************

Lambang penyatuan Ummah.

It was a sunny, hot and spicy day at Mecca..

Sangat-sangat bersyukur dgn peluang yg Allah beri, berada bersama jutaan umat Islam yg tak henti-henti mengabdikan dirinya, meluahkan rasa cinta dan rindunya kepada sang Pencipta.. Twenty-Four-Seven non-stop!

Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan ni mmg agak mencabar.. Nak kejar umrah, nak buat terawih, dan berpuasa lagi, nak itu, nak ini lagi, masa tersangatlah suntuk.. In a simpler description, "NO rest until you arrive KLIA!" huhu..

So, biasenye kalau nk rehat pon, gap waktu antara solat Zuhur n Asar lah antara waktu yg paling sesuai utk rehat, boleh la untuk bace2 quran 2-3 muka, pastu rehat jap, then continue tilawah balik sampailah Asar..

Time2 ni jugaklah berpeluang untuk berjumpa dan bersembang dgn jemaah2 umrah dari Malaysia n negara2 lain.. Ada la pernah sembang-sembang dgn jemaah dari Turki, n yg paling banyak jumpa of coz la jemaah dari Msia..hehe..

Dan yg paling tak tahannye, setiap kali sembang dgn orang, soalan lazim dia akan tanya:


"Datang dengan sapa? Dengan isteri ke?"

"Have you married?"

"Err pakcik-pakcik, muka saya ni ada gaya orang yang sudah berkahwinkah? -__- "


Ok, end of story..

***********************************************************************************


Suasana di Masjidil Haram 2nd floor..
Zikir, bacaan quran menjadi peneman sehari-hari.



Satu hari tu, ada la jumpa dgn sorg pakcik ni.. Umurnya dalam 40-50-an.. Tenang je gaya pakcik tu.. Sekali pandang pon dah taw dah yg die ni dari keluarga yang baik-baik.. Firasat orang beriman katanya..uhuk3..

Sembang punya sembang, rupanya dia dulu pernah belajar kt US, amik engineering(wah hebat!) n skrg tgh bercuti dgn isteri n anak2 die kt sini.. Bercuti sambil beribadat.. Subhanallah..

So, seperti biasa, FAQ:



" Ni dah kahwin ke belum?"

" Belum lagi pakcik.. Nape, nak jodohkan saya dgn anak pakcik ke? Wohohoho.."
*Ok, ade sedikit unsur mitos dan tokok tambah disitu..-_-

" Tu la, kat tanah haram ni, kita kena ambik peluang yang ada, untuk banyakkan berdoa.. Lebih-lebih lagi doa kat tanah haram ni, tersangatlah mustajab.." sambungnya..

" Hmm, betul tu.."

".........."

" Nak tak kalau pakcik ajarkan 1 doa yg kita boleh cuba amalkan masa kat sini?"

" Doa ape pakcik?"

".........."

" Kalau boleh dalam doa kita tu, kita doakan sekali, "Ya Allah, Kau terimalah segala amalan2 dan ibadah umrah kami, amalan2 dan ibadah umrah orang-orang sebelum kami, serta amalan2 dan ibadah umrah orang-orang selepas kami.. Dan jadikanlah ianya asbab hidayah kpd seluruh umat manusia.."

" Kadang kita asyik sibuk berdoa untuk diri sendiri, sampai lupa untuk doakan orang lain. Sedangkan orang lain ada hak untuk doa kita."


Zaassss!
Ingatkan nak bagi doa cepat jumpa jodoh ke, ape ke kan..:O

Bila check2 balik list2 doa yg aku selalu buat,

"Ya Allah, ampunilah aku.. "
"permudahkan aku.. "
"bagi aku 1st Class.. "
"bagi aku ini.."
"bagi aku itu.."
"Aku.."
"Aku.."

Semuanya AKU!
Dah akhir2 doa baru la doa untuk family n rakan2, n jarang sekali doa untuk orang lain..
Sangat terkena dgn batang hidung sendiri.. Ouch!

Astaghfirullah...
Just realised that selama ni I'm being soo selfish n forget the others in my du'a..*

*Background music : Muhasabah Cinta by Edcoustic ..T_T
 

" Eh, da nak azan ni, anak tolong jagekan tempat ni boleh? Pakcik nak amik wuduk sat.."

" Ok pakcik.."

***********************************************************************************


Doaku buatmu..

Alhamdulillah..
And Jakallahu khairan pakcik..
For the short reminder but very meaningful..

Will try my best,
Untuk cuba berusaha mengingatkan diri,
Untuk mendoakan orang lain..
Especially, my beloved parents n family,
And also sahabat2 around me..

InsyaAllah..

Bukankah antara doa yg mustajab ialah doa seorang saudara
kepada saudaranya yg lain tanpa pengetahuan saudaranya itu?=)
(mafhum hadis)


Sooo..

Please do make du'a for me eyh?

and and and~

Sila jgn beritahu saya yang anda telah mendoakan saya!!hehe

Sekian terima kasih.. =)




Wallahualam..

Mode: Merindui Al-Haramain..