Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

Muhasabah Final Hekzem!



Situasi yang sering terjadi ketika musim hekzem!


:: Masa tgh buat revision ::

"Hurm, simple sgt topic ni, tak masuk exam rasanya. Baik aku fokus kat topic2 lain yg lebih susah!"

Then, masa tgh exam, it turns out that benda2 yang simple tula yg ditanya!

Dah la banyak markah pulak tuh!!

Oh no cutey, iam squeezed..  Again.. :O [credit]


Simple but Significant!

Tiba-tiba terfikir..

Selalunya, kita tend to ignore or buat "dun-no" dgn benda2 (either good or bad) yg dipandangan kita, kita rasa simple or remeh..

Tapi boleh jadi semua benda2 simple tu sebenarnya akan bg effect yg sgt "significant" dalam hidup kita(either in this world or in hereafter)..

Kita tak tahu kan? =)


**************************



Done with my final yr exam Alhamdulillah..

Now leaving the rest to Allah.. =)

Wallahualam..









Sunday, 25 March 2012

Mecca and Medina


Mecca and Medina..

Both completing each other..

Kalau kita buat haji ataupun umrah,
Tak lengkap kalau pegi Mekah saja, tapi x pegi Madinah.

Ataupun pegi Madinah je, tapi x pegi Mekah.
 Lagi la xlengkap!

 Kena pegi dua2 Mekah dan Madinah, barulah lengkap!=)



Have you finished doing the assignment? =)

Samalah juga halnya..

"Men are from Mecca,
Women are from Medina."

Both completing each other..
 
When the time has come,
Pasti bertemu jua..*

 InsyaAllah..=)


*sila muntah hijau sekarang juga!! :O~
P/s: the "weirdest" post ive ever wrote..=.=

Saturday, 28 January 2012

Jual beli!

Masa solat jumaat semalam, khatib ada memberi satu analogi yg sy kira sangat menarik dan best!
Iaitu analogi tentang jual beli.

Camne tu ye?

Ok, let say kita nk beli gula-gula.
Murah je harga gula-gula ni, £1 je dah dapat 1 plastik besar!
So, kita akan masuk dalam kedai tu, pilih n ambik gula-gula yg kita nak, then kita akan ke cashier untuk bayar harga gula-gula tu.
Pastu boleh la makan gula-gula tu.. Nyum3~

Ok now, cuba bayangkan kita nak beli pulak barang yg sgt mahal harganya..
Contohnya ipad 2, ok ni xla mahal sgt. Kita amik contoh jongkong emas!
Harga seketul jongkong emas 1kg tu sgt mahal tau harganya! Mencecah beratus2 ribu!
So, kita akan pergi ke kedai emas, bincang2 dgn tokey kedai tu, bayar dulu harga emas tu, then lepas bayar baru la kita akan dapat jongkong emas tu.
Pastu boleh la kita gilap2 jongkong emas tu.. Huhu~

Nampak tak?
Kalau sesuatu benda yg murah nilainya, senang2 je kita boleh amik benda tu dulu, boleh pegang2 rasa2 sentuh2 dulu, pastu baru bayar.

Tapi kalau benda2 yg sgt mahal ni, kebiasaannya kita perlu bayar dulu harga benda tu, then baru dapat. Jarang sekali kalau benda2 mahal ni, kita boleh rasa, pegang, sentuh n amik dulu sebelum kita bayar.

Begitu jugalah halnya dengan SYURGA!
Syurga tu tersaaangatlah mahal harganya!!
For sure sebelum kita boleh dapatkan syurga tu, ada urusniaga yg perlu kita selesaikan dulu!

We have to pay for it in advance!
Bagaimana caranya?

"Pay and you will be paid"[credit]

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 
(At-Taubah: ayat 111)


Err, faham ke analogi ni?
Kalau xfaham, cuba2lah untuk fahamkan..=)

Wallahualam..

Thursday, 13 October 2011

Tea House at 33A Hubert :)

Salam'alaik~

Anda tahu nk buat muffin?
Kalau x tahu xpe,jom belajar buat..
Senang je...xsampai setengah jam pon...=)

Step-step nye ialah:






1. Tepung gandum 2 cawan.






2. Baking powder 2 sudu teh.





3. Gula 3/4 cawan.





4. Letak coklat chip sikit..





5. Minyak sayur 1/3 cawan.





6. Susu segar secawan.





7. Telur sebiji.





8. Essence vanilla 1 sudu teh.





9. Pastu,gaul semuanya sehingga sebati..





10. Gaul sampai betul-betul sebati taw!..=)












11. Bila bahan2 da sebati,boleh masukkan dalam acuan,, Boleh la kalau nak letak coklat chip sikit2 sbg hiasan..










Final step. Masukkan kedalam oven selama 20 minit pada suhu 200 darjah selsius..






Dah siap!!!
Hah,boleh la ajak rakan2 sebaya makan sekali..
Sgt recommended utk makan bersama teh panas..:)





Senang bukan?
Tapi selagi x memcuba,selagi tu xrasa senang..
Kesimpulannye,kena la belajar2 untuk mencuba..:)

Ok,Selamat Mencuba! (^.^)


Oh ya,jay zed kay kay kpd Encik Rasydan kerana sudi berkongsi rahsia dan tips mbuat muffin..:)
Tok Guru Muffin(kiri) bersama anak muridnya..hehe