Tuesday, 19 February 2013

Tsabat



Tsabat

Perkataan yang selalu kedengaran bila berprogram bersama-sama ikhwah/karkun pada suatu masa dulu.

"moga anta terus tsabat ya akhii..huhuhu"

Rasa mcm simple n ringan je benda ni masa sebut-sebut dulu..

Hepi go laki seperti kanak2 makan hepi meal je kan sebut.

Bila da la ni, baru sedar "besar" rupanya maksud perkataan ni.

Dan juga ianya "berat"


-Tsabat-

"Ringan dimulut, berat dihati"


Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbits quluubana aalad diinik.

Wednesday, 13 February 2013

A step back



Hati sedih, senyuman jadi palsu.

Dalam semua ketentuan, pasti ada hikmah.

Tapi serius aku xfaham, atau mungkin aku belum cukup matang untuk faham.

Apa yg aku fikir sekarang, I need to take "a step back"..

#Kau kenapa luah perasaan kt blog, dah buat tebiat?

#Ya

Saturday, 19 January 2013

Kaki masbuk



Masa kat UK dulu, rumah dekat je dengan masjid. Berjalan kaki tak sampai pon 3 minit.

Tapi yang peliknya, setiap kali solat je mesti masbuk. Jarang2 sekali dapat takbir bsama2 imam. Haish!

Mana tak nya, dah kalau waktu solat jemaah pukul 1.30, pastu pukul 1.30 tu la baru semua nak menggelabah berebut-rebut nak g tandas/amik wuduk bagai dari rumah.

Mentang-mentang la rumah dekat je dengan masjid. Take for granted bak kata org putih. -_-

Tapi itulah pengalaman, yang kini hanya tinggal menjadi kenangan.

Kenangan yang tak mungkin aku lupa.

Sampai bila-bila... *ok, ini berbunyi sungguh klise =P


Oh, sungguh aku rindu untuk berjalan menuju ke masjid bersama-sama kalian seperti dulu!



Thursday, 3 January 2013

Gembira


Beberapa bulan yg lalu, ada sorg sahabat aku ni ditimpa musibah. Musibah yg boleh dikatakan agak hebat jugak.

Apa yg mengejutkan aku, ada yg beritahu,

"Dah lama dia tak semayang dah.."

Bila ditanya,

"Selama ni aku semayang je pon, tapi KENAPA DIA buat kat aku camni? Semayang x semayang pon same jelah!"

"Ni sume ujian, bawak2 bersabar.."

"Ko tak rasa apa yang aku rasa.. Berat mata memandang, yg memikul ni lagi lah.."

Siapa tak sedih kalau tengok keadaan kawan camtu.. Tapi ape yg aku boleh buat?

*********************************************************************************

Masa berlalu pantas.. Ternyata rahmat Allah mengatasi segalanya.. Dia juga lah yg berhak beri hidayah kpd sesapepon yg Dia nak..

He is going back to the right path. Sudah mula berusaha untuk kembali mendekati-Nya.. Subhanallah Alhamdulillah..

Aku tumpang gembira. Semoga Allah sentiasa pandu dan bimbing kita utk kembali kpd-Nya.. Dan moga terus istiqomah utk terus berubah..InsyaAllah..

Friday, 28 December 2012

Jajan



"Camne dgn life bekerja skrg ni, nk urus masa, duit gaji sume, ok ke?"

Saje bertanyakn pendapat dia tntg benda2 tu, since I'm having a problem dgn benda2 tu recently. *Ni belum kerja lagi pon dah mula tak terurus, kalau dah kerja nanti tak tahu lah.. -_-

"Erm, biasa la, dah kerja ni mmg lain sangat3 dengan masa student dulu.."

"..."

"Tp tula, bila dah dpt gaji nanti, make sure kena ade portion dari duit kita tu utk bagi mak kita every month, biar berkat sikit..."

"......."

Jadikanlah "Baraka" sbg supplemen harian anda.(?) [crdt]


Berkat / Barakah: mungkin  benda nilah yang dah lama dilupakan selama ni..







Babai 2012, Welkam 2013.
Allahumma baariklana...

Monday, 12 November 2012

Tenanglah..





Kesan dosa dalam hidup-credit-

Hati yang di isi dengan dosa dan noda,

Takkan bisa tenang..


Tidak percaya?


Cubalah tanyakan kepada pencuri,

Adakah mereka berasa tenang ketika mencuri?


Tanyalah kepada penerima rasuah,

 Tenangkah mereka ketika menjalani proses "perasuahan"?

Tanya dan tanyalah lagi.

Jawapan mereka hanya satu. Pasti.

"Ya, kami tidak tenang!"


Kerana dosa itu,

pasti memberi kesan kepada hati..


Namun bersyukurlah kiranya,

Jika hati kita berasa tidak tenang disebabkan dosa2 kita..


Kerana itu tandanya,

Hati kita masih HIDUP..


Dan teramat rugilah kita,

Jikalau dosa mampu memberikan kita ketenangan.


Wahai Sahabat,

Sekiranya hati terasa tidak tenang,

Mulakan dengan Istighfar,

Allah sentiasa menunggu rintihan kita..

InsyaAllah..




Wallahualam.

-Yang "kurang tenang"-



Sunday, 28 October 2012

Eid Adha 1433


In the name of Allah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.



11 Dzulhijjah 1433.

My heart,
is set.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Wa lillaahil hamd.