Saturday, 16 March 2013
...
Begitu bertuahnya mereka yang dipanggil Allah disaat sedang sibuk memperjuangkan agamaNya, mengerah tenaga menjalankan tugas Syahadatul Haq..
Pasti mereka sudah ada jawapan untuk diberikan ketika disoal dan dipertanggungjawabkan kelak.
::Al-Fatihah::
"Urusan arwah dah selesai, bagaimana pula kita?"
Bagaimana mungkin kita mendamba syurga, andai cinta dunia masih menebal dihati. T_T
Saturday, 9 March 2013
Doa #1
Suatu hari Baginda s.a.w. memegang tangan Mu'az bin Jabal, lalu berkata:
"Wahai Mu'az, Demi ALLAH, aku mencintaimu", lalu jawab Mu'az: "Demi ayahku dan ibuku, Demi ALLAH, aku juga mencintaimu wahai Rasulullah" .
Lalu Rasulullah bersabda: "aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'az supaya
jangan meninggalkan doa ini setiap kali selepas solat:
Allahumma A'inni 'Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni 'Ibadatik
"Wahai ALLAH, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku kepada-Mu."
Allahumma A'inni 'Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni 'Ibadatik
"Wahai ALLAH, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku kepada-Mu."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa'ie, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dan al-Hakim & disahihkan oleh al-Albani)
"Allahumma A'inni 'Ala Zikrika wa Syukrika wa Husni 'Ibadatik"
Saturday, 2 March 2013
my hope
"Andai diberikan emas permata,
ku pilih senyumanmu..
Andai kupunyai mahligai indah,
Kuhadiahkan untukmu..."
*Lirik lagu Bayangan Gurauan by Mega
"Dasyatnya cinta dia ni kt awek isteri dia, sanggup pilih senyuman dari memilih emas.. Padahal ap la sgt dgn senyuman tuh.."
"Kalau kita benar-benar cinta dgn seseorg tu, for sure kita akn utamakan dia lebih dari yg lain, regardless in any condition pon!"
***********************************************************
*Kedengaran azan subuh sedang dilaungkan, dan aku masih sedap tidur sambil menarik selimut di sini.
Ok tengs
#DearAllah,givemeyourlove
Tuesday, 19 February 2013
Tsabat
Tsabat
Perkataan yang selalu kedengaran bila berprogram bersama-sama ikhwah/karkun pada suatu masa dulu.
"moga anta terus tsabat ya akhii..huhuhu"
Rasa mcm simple n ringan je benda ni masa sebut-sebut dulu..
Hepi go laki seperti kanak2 makan hepi meal je kan sebut.
Bila da la ni, baru sedar "besar" rupanya maksud perkataan ni.
Dan juga ianya "berat"
-Tsabat-
"Ringan dimulut, berat dihati"
Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbits quluubana aalad diinik.
Wednesday, 13 February 2013
A step back
Hati sedih, senyuman jadi palsu.
Dalam semua ketentuan, pasti ada hikmah.
Tapi serius aku xfaham, atau mungkin aku belum cukup matang untuk faham.
Apa yg aku fikir sekarang, I need to take "a step back"..
#Kau kenapa luah perasaan kt blog, dah buat tebiat?
#Ya
Saturday, 19 January 2013
Kaki masbuk
Masa kat UK dulu, rumah dekat je dengan masjid. Berjalan kaki tak sampai pon 3 minit.
Tapi yang peliknya, setiap kali solat je mesti masbuk. Jarang2 sekali dapat takbir bsama2 imam. Haish!
Mana tak nya, dah kalau waktu solat jemaah pukul 1.30, pastu pukul 1.30 tu la baru semua nak menggelabah berebut-rebut nak g tandas/amik wuduk bagai dari rumah.
Mentang-mentang la rumah dekat je dengan masjid. Take for granted bak kata org putih. -_-
Tapi itulah pengalaman, yang kini hanya tinggal menjadi kenangan.
Kenangan yang tak mungkin aku lupa.
Sampai bila-bila... *ok, ini berbunyi sungguh klise =P
Oh, sungguh aku rindu untuk berjalan menuju ke masjid bersama-sama kalian seperti dulu!
Thursday, 3 January 2013
Gembira
Beberapa bulan yg lalu, ada sorg sahabat aku ni ditimpa musibah. Musibah yg boleh dikatakan agak hebat jugak.
Apa yg mengejutkan aku, ada yg beritahu,
"Dah lama dia tak semayang dah.."
Bila ditanya,
"Selama ni aku semayang je pon, tapi KENAPA DIA buat kat aku camni? Semayang x semayang pon same jelah!"
"Ni sume ujian, bawak2 bersabar.."
"Ko tak rasa apa yang aku rasa.. Berat mata memandang, yg memikul ni lagi lah.."
Siapa tak sedih kalau tengok keadaan kawan camtu.. Tapi ape yg aku boleh buat?
*********************************************************************************
Masa berlalu pantas.. Ternyata rahmat Allah mengatasi segalanya.. Dia juga lah yg berhak beri hidayah kpd sesapepon yg Dia nak..
He is going back to the right path. Sudah mula berusaha untuk kembali mendekati-Nya.. Subhanallah Alhamdulillah..
Aku tumpang gembira. Semoga Allah sentiasa pandu dan bimbing kita utk kembali kpd-Nya.. Dan moga terus istiqomah utk terus berubah..InsyaAllah..
Subscribe to:
Comments (Atom)