Saturday, 14 January 2012

Dua Pilihan


Suatu ketika dulu..[kredit]


 Dulu,
Semasa kita dilahirkan kedunia,
Semua orang disekeliling kita berasa gembira,
Kita pula ketika itu menangis..

Persoalannya,
Bila kita meninggal dunia kelak,
Semua orang disekeliling kita akan menangis,
Adakah ketika itu,
Kita akan gembira?
Atau kita pun akan turut menangis?

Menangis atau gembira,itu pilihan kita..[kredit]

"Bergembiralah bagi mereka yg matinya didalam "Husnul Khatimah" yakni mati dalam keimanan.

Dan pastilah kesedihan bagi mereka yg mati dalam "Suul Khatimah" yakni mati dalam keadaan berlumuran dosa.."


Wallahualam..

Tuesday, 10 January 2012

Ku merinduimu.


Bismillah..






5 tahun dah berlalu..

Masih teringat akan pesanan dan amanahmu..

Disini aku sedang berusaha,

Memenuhi amanahmu..

Moga Allah menempatkan kau bersama orang2 yg soleh dan beriman..

InsyaAllah..

"Al-Fatihah"



“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].


Wednesday, 28 December 2011

Al Fatihah

Aku masih ingat lagi..
Ketika tu aku masih darjah 1..
Kaulah yg pertama kali mengajar aku kalimah "ALLAH"..
Kau jugalah yg pertama kali membuat aku mengenali perasaan cinta..
Walaupun ketika itu kita masih kanak-kanak..

Hari ini,
Kau telah pun meneruskan perjalananmu..
Memenuhi ikrar dan janjimu dahulu..
Menuju Penciptamu..
Bersua cinta agungmu..
Mendahului aku..

Aku maafkan dan halalkan segalanya..
Moga kau bahagia disana..
Bersama para penghuni syurga..
Ameen InsyaAllah..


"Sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang beriman"

-Al-Fatihah-

Thursday, 8 December 2011

"Kenapa dah x join usrah sekarang ni?"

Salam'alaik~



Tadi ada YM dgn sorg kawan lama dari Msia..
Dah lama kami xbertanya khabar, tiba2 je buzz..

Sembang punya sembang, entah macam mana boleh termasuk cerita bab Usrah..
Oh,rupanya dulu die pernah jugak join usrah2 ni..

"Kenapa dah x join usrah sekarang ni?"

"Bukan ape, aku xsuke dgn cara dorg.. Cara dorg pandang dgn org2 yg xjoin usrah, cam pandang semacam je.."


"Plus aku xsuke tgk org2 baik, xperform well dlm stdy.."


"Sampai lecturer non malay pandang rendah kt org melayu tau!"


"Ramai sgt yg fail.."

"Mmg la usrah ni nak mhasilkn org2 yg baik2, tp knnnn ak xnmpk mende2 sume tu dlm kwn2 ak yg join usrah.."

Fuh, camne nak jawab nih? haha..

"Ape kata ko stdy dgn dorg n ajar dorg sikit2.. Pastu sama2 la join usrah, baru la best berjaya sama2..hehe.."

"Sapelah aku nk ajar dorg, cara pemakaian aku pon x setel lagi..haha.."

"......."


**********************************************************************************

[credit]



 Fitnah daie dlm dakwah..
Its real rupanya..
Lebih2 lagi dalam study..

Perlu usaha lebih kuat nih!
Xnak lah tengok disebabkan aku xperform dlm stdy,
Org yg bminat dgn Islam,
Mula menjauhi tarbiyyah..
Even Tarbiyyah itu xbsalah pon in da 1st place..

Plus, jgn pandang 'semacam' org yg kurg 'Islamic',
Boleh jadi dia lebih mulia dipandangan Allah,
Berbanding kita..
Astaghfirullah..

Bukankah dakwah kita penuh dgn kasih sayang?=)

Nasihat kepada diri sendiri, dan para daie juga..

1st Claz for Ummah InsyaAllah!


p/s: Kepada sahabat ku, ku doakn semoga ko join usrah balik! hehe..
       *perbualan diatas telah diedit serba sedikit untuk kesesuaian umum..;)

wallahualam

Sunday, 4 December 2011

ISK- Ini Sejarah Kami :)


Salam’alaik..

Alhamdulillah, baru saja berakhir program “Bainal Ams Wal Yaum” yg diadakn di Warwick. Program yg kalau nama cliché nya ISK(Ini Sejarah Kita). Hampir 3 tahun berada di UK ni, ini jugalah kali ketiga diri ini terpanggil utk join program ISK ni. 

Betullah ade orang cakap, even kita pergi program yg sama berulang kali, tapi xsemestinya kita akan dpt input/ilmu yg sama.

Sejujurnya masa 1st year g ISK, rase mcm ISK ni xde bagi ape2 efek pon kt diri ni, mgkn masa tu hati masih xsensitive lagi kot dgn benda2 camni..hehe..

Mase 2nd year pulak, tiba2 kena bg ISK kt adik2 1st year, lagi laa.. Dgn diri yg xcukup preparation+terpaksa kena jadi penyampai, mmg ntah kemana..ish3..

ISK kali ni, InsyaAllah dapat jugak sumthing..:)

ISK- Tak dapat dinafikan kesannya kepada mereka yg mendengarnya dgn hati. I know one of my friend, yg hidupnya terus berubah 360 degree selepas mendapat sentuhan tarbiyyah. Kalau dulu perangainya ‘begini’, sekarang ni dia betul2 dah jadi lain! Sgt lain. Kalau dulu masa die ‘begini’, sgt ramai org yg kurg senang dgn perangainya. Alhamdulillah, setelah dia dah berubah, org2 disekelilingnya sudah mula sangat menyukainya..

Mmg xdapat nak dinafikan, dalam proses nk berubah itu, mujahadah itu perlu ada.

InsyaAllah, yakinlah buah mujahadah itu tersangatlah manis wahai sahabat!

Selamat Mujahadah!:)  [credit]


Sahabat, sebuah puisi pendek kukirimkn buatmu,

Disana,

Kau sedang bermujahadah berubah menjadi hamba Allah yg baik,

Disini,

Aku juga sedang bermujahadah..

Semoga kita terus istiqamah!.

InsyaAllah..


err,puisi la sgt kn? hehe..:P

Saturday, 26 November 2011

Saya Jeles Dengan Mereka

[kredit]



Saya jeles dengan mereka..
Dengan segolongan hamba Allah yg terpilih ini..

Mereka berani untuk bercerita tentang Islam,
Tentang kebesaran Allah,
Tentang kalimah toyyibah yang agung,
Kepada sesiapapun,
Kenal atau pun tidak.
Saya,,
Nak cerita semua tu,
Dengan rakan sahabat sendiri pon x berani..
Segan...

Saya jeles dengan mereka..

Mereka tak malu untuk pegi dari rumah ke rumah,
Saling menasihati, mengajak kepada kebaikan,
Ajak solat jemaah dimasjid,
Ajak amal sunnah Nabi,
Kepada sesiapapun,
Kenal atau pun tidak.
Saya,,
Nak melawat mad'u dari rumah ke rumah pon malu.
Ajak orang ramai solat jemaah dimasjid?
Heh, 
Nak ajak sahabat terdekat pegi masjid pon belum tentu.
Malu..

Saya jeles dengan mereka..

Mereka sanggup korbankan masa dan duit,
Call mad'u mereka,
Menjamu selera mad'u mereka,
Korban masa at least sehari sebulan utk mengimarahkan masjid-masjid,
Saya,,
Owh, tak sanggup saya nak cakap..
Cinta dunia saya sangatlah kuat..

Saya jeles dengan mereka..

Walaupun dikritik hebat,
Diperolok-olokkan,walaupun bukan dihadapan mereka,
Tapi saya yakin, mereka turut mengetahuinya,
Kerana mereka juga ada pendengaran..
Tapi tetap teguh bergerak didalam saff-saff,
Demi melihat kalimah Allah tertegak dimuka bumi ini..
Saya pula,
Baru saja mendengar khabar angin yang saya dikritik,
Yang kadang-kadang belum tentu betul pon kesahihannya,
Sudah mula merancang untuk mengundur diri..
Takut...

Saya jeles dengan mereka..

Jangan dilihat kepada kekurangan mereka,
Jangan dikritik kepada 'ketidak kesesuaian' method dakwah mereka,
Apatah lagi mempertikaikan keikhlasan mereka..
Saya langsung tidak layak untuk kritik mereka!!
LANGSUNG!!
Jika saya hanyalah duduk bersenang lenang dirumah,
Dihadapan laptop sambil menghirup nescafe panas.
Mahukan semuanya selesa.
Dakwah mesti mahu selesa!
Dalam masa yg sama,
Mengharapkan keajaiban,
Islam akan kembali tertegak..
Astaghfirullah..

Saya jeles dengan mereka..

Allah pilih mereka..
Mereka sedang berusaha memulakan pelaburan saham akhirat mereka,
Saya bagaimana?
Apa yang saya dah buat?
Duduk-duduk saja?
Oh..

Saya jeles dengan mereka..




Wallahualam..